Tuesday, February 15

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W



Memperingati dan Mengenang Rasulullah S.A.W

Semoga Rabiul Awwal mampu mengukuh dan mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin. Syahadah yang diucap adalah asas ikatan iaitu pengakuan yang satu,

“ Sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah ”.

Allah SWT memputerakan daripada seorang wanita bernama Aminah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571M, seorang Nabi dan Rasul terakhir bernama Muhammad. Ayahanda baginda bernama Abdullah wafat semasa putera ini masih berada dalam kandungan bondanya. Datuknya Abdul Muthalib adalah daripada keturunan Arab Quraisy, yang jurai salasilah moyangnya yang bernama Qusai bin Kilab, seorang pemimpin Arab yang masyhur kerana jasanya telah berjaya menyatukan bangsa Arab satu ketika dahulu. Lahirnya putera ini, bapa saudara baginda yang paling gembira adalah Abu Lahab sehinggakan diriwayatkan bahawa beliau telah menyembelih 100 ekor unta dan dijamu kepada kaum kerabat dan pembesar-pembesar quraisy. Manakala datuk baginda Abdul Muthalib pula diceritakan telah membawa baginda mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali bagi melahirkan rasa kegembiraan lahirnya putera ini.

Dinyatakan di dalam kitab sirah nabawiyah karangan Syeikh Ali Mansur bahawa salah seorang bapa saudara baginda yang juga seorang pemimpin Quraisy yang terkenal dikenali dengan panggilan Abu Lahab telah menyembelih 100 ekor unta kemudian memanggil kaum kerabat, juga pemimpin-pemimpin Arab bagi menyambut keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W kemudiannya telah didukung manja oleh datuknya Abdul Muthalib dan dibawa tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
Ketika berusia 40 tahun, Rasulullah S.A.W telah membedah kepercayaan masyarakat Jahiliyyah dengan risalah Tauhid bagi membelah keyakinan Arab yang musyrik bertuhankan makhluk kepada keyakinan bertuhankan Allah Yang Esa. Selama 13 tahun berada di Mekah baginda telah meletakkan dasar Aqidah dengan menanamkan di dada para sahabat asas-asas keimanan yang mantap dan kukuh. Keimanan ini diuji oleh Allah SWT dengan penyiksaan yang dilakukan oleh golongan quraisy ini sehinggalah Allah memerintahkan supaya orang-orang Islam Mekah ini berhijrah ke Madinah. 10 tahun di Madinah barulah syariat-syariat lain diturun dan diamalkan oleh umat Islam.

Kumpulan masyarakat yang menerima dakwah di Mekah dan berhijrah ke Madinah dipanggil dengan golongan Muhajirin. Manakala penduduk Madinah yang datang ke Mekah ketika musim Haji kemudian kembali ke Madinah dengan berjanji taat setia untuk membela Rasulullah S.A.W dipanggil dengan golongan Ansar.

Nabi S.A.W telah berjaya membuat satu revolusi dunia dengan menjadikan kota Madinah sebagai Negara Islam pertama di dunia. Penduduk Madinah bukan sahaja telah dibimbing dengan keagamaan oleh seorang Nabi dan Rasul tetapi bermula daripada situlah sebuah negara yang berperlembagaan dapat ditubuhkan yang hanya bermula dari sebuah masjid iaitu Masjid an Nabawi. Pengisytiharaan Negara Madinah telah menyebabkan perubahan besar berlaku dan berkembang pesat. Wujudnya satu sistem sosial, ekonomi dan politik yang baru di zaman tersebut. Nabi S.A.W dilantik sebagai ketua negara yang berpandukan kepada berperlembagaan yang diberi nama Sahifah Madinah. Satu sistem syura diwujudkan oleh Baginda dengan kepimpinan oleh barisan para menteri yang soleh dan bertaqwa.

Benarlah firman Allah di dalam surah Yunus ayat 49 : yang bermaksud:

“ Tiap-tiap umat itu mempunyai ajal, apabila telah tiba ajal mereka, maka mereka tidak dapat
mengundurkanya barang sesaat ataupun mendahulukannya ”
.

Tanda-tanda pemergian Rasulullah S.A.W telah dapat dirasai oleh para sahabat setelah pembukaan kota Mekah. Firman Allah di dalam surah An Nasr, ayat 1 yang bermaksud:

“ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk
agama Allah dengan berbondong-bondong ”
.

Turunnya ayat 3 surah al Maidah, maksudnya:

“ Hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu, telah aku cukupkan bagi kamu
nikmat-Ku dan Aku redha Islam itu sebagai agama kamu ”

Kepulangan baginda ke hadrat Yang Maha Esa tepat pada tarikh keputeraan baginda pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 7 Jun 633 M ketika berusia 63 tahun. Kesedihan dan kehilangan baginda bukan kepalang hinggakan saidina Umar r.a menyatakan barangsiapa yang menyatakan bahawa Rasulullah telah wafat pasti akan dipancung lehernya. Sehinggalah ia ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. 

Kata-kata Saidina Abu Bakar yang dibacanya dari surah al Ahzab ayat 40, yang bermaksud: 

“ Muhamamd itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi”

Begitulah kecintaan para sahabat dan ratapan serta tangisan kehilangan baginda S.A.W. Ketiadaan dan kehilangannya sentiasa dirasai sehinggalah zaman ini. Generasi terdahulu telah menetapkan hari keputeraan baginda bagi memperingati Rasulullah S.A.W. Justeru itu, kita hari ini telah meneruskan sambutan itu bagi melahir dan menanamkan perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W .

CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Firman Allah Taala yang bermaksud : 

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah maha pengampun lagi maha penyayang". 

(Surah Ali Imran : ayat 31)

Dari Anas r.a dari Nabi S.A.W bersabda:
“Tiga perkara, barangsiapa yang terdapat padanya maka ia mendapat kemanisan iman iaitu ia mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada selain daripada keduanya. Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali ke alam kekufuran sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”.

Dalam satu hadis yang lain Rasulullah S.A.W menyatakan:

“ Barangsiapa yang kasih akan daku, maka ia akan bersamaku di syurga kelak ”

BENARKAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SUATU BID’AH

Sambutan Maulidur Rasul memang tidak dilakukan pada zaman sahabat. Sambutan ini mula dilakukan di era tabiin iaitu generasi ketiga selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Imam Syafie r.a mentakrifkan Bid’ah kepada 2 bentuk; pertama apa juga bentuk perkara yang lakukan bersalahan dengan al quran atau sunnah atau ijma’ atau asar maka ia adalah Bid’ah Dholalah. Manakala apa juga perkara kebaikan yang dilakukan tiada bersalahan dengan al Quran, Sunnah, Ijma’ dan asar maka ia adalah Bid’ah Hasanah.

Bid’ah Dholalah boleh kita lihat contohnya seperti sembahyang diwajibkan lima waktu sehari semalam tetapi direka atau ditambah kepada 6 waktu.
Dakwaan solat hanya memadai dengan niat sahaja tanpa perbuatan seperti yang dilakukan oleh sesetengah ajaran yang mendakwa sebagai ilmu makrifat juga tergolong dalam bid’ah ini.

Bid’ah Hasanah yang dikira elok dan membantu memperkukuh dan memelihara sunnah. Bid’ah seperti ini walaupun tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W tetapi terdapat dalil-dalil umum dari al-quran atau hadis menyuruh atau menggalakkannya. Contohnya penulisan al quran daripada hafalan-hafalan para sahabat yang hufaz dibimbangi pada ketika itu ramai sahabat yang gugur syahid di dalam peperangan Fi Sabilillah lalu Khalifah Saidina Uthman telah mengarahkan supaya ditulis al Quran. Justeru itu hukumnya dihukum oleh ashabus Syafie adalah wajib. Bid’ah Hasanah ini juga adakala hukumnya menjadi sunat, makruh dan harus.

Diriwayatkan dari Imam At tarmizi, Abu Dawud, Imam Ahmad dan Ibnu Majah bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

“ Wajib ke atas kamu untuk mendengar dan patuh, meskipun ia (pemerintah) itu seorang Habsyi, kerana sesungguhnya barangsiapa di antara kamu yang hidup maka ia akan melihat banyak perbezaan-perbezaan, maka wajib ke atas kamu untuk menetapi sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar Rashidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah (peganglah ) ia dengan geraham ( erat-erat) dan takutlah kamu terhadap hal-hal yang baru kerana setiap Bid’ah itu adalah sesat ”.

BATAS-BATAS SYARAK YANG PERLU DIJAGA UNTUK MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang hendak diadakan mesti menjaga perkara-perkara
berikut :

1. Hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan tidak mendedahkan aurat. Tidak berhias secara berlebihan iaitu bertabarruj ala Jahiliyyah. 

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah
Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu
hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"
.
(Surah al-Ahzab: ayat 33).

2. Pengisian yang bermanfaat dan tiada perkara maksiat dan tidak menimbulkan permusuhan di kalangan masyarakat.

3. Tidak menyanyi lagu-lagu yang melalaikan dan memuji selain daripada Allah dan Rasul. Tidak menyiarkan suara wanita yang mendayu-dayu dikhalayak ramai sehingga menimbulkan fitnah dikalangan kaum lelaki.

4. Alatan muzik yang digunakan mestilah yang diharuskan oleh syara’.

5. Tidak melakukan pembaziran seperti kewangan, makanan, hiasan dan lain-lain.

6. Jamuan atau sumber makanan yang dijamu adalah mesti halal. Ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: 

"Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada tuhannya".

(Surah Al-Israk: ayat 27).

7. Tiada percampuran antara lelaki dan wanita . Mengasingkan tempat duduk antara
mereka.

HIKMAH MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

1. Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad S.A.W.

2. Peluang dakwah kepada masyarakat.

3. Menyatupadukan umat Islam.

4. Mewujudkan muhabbah dan mengeratkan silaturahim.

5. Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi S.A.W.

6. Menghayati kehebatan akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W.

7. Menjinakkan generasi muda agar cenderung kepada agama Islam sebagai generasi pelapis.

8. Penyebaran ilmu dan syiar Islam.

9. Memberikan informasi semasa.

Sunday, February 13

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:
 
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
 
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM  

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid. 

Hadis Rasulullah s.a.w:

“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :

“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
 
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR

   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 
2. SUMBER ASASI

   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak. 

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”. 

Katakanlah : 

“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
3. TUJUAN

   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. 

Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4. OPERASIONAL

Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman
Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27) 

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : 

“…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
 
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
 
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Saturday, February 12

Jenis Rumah Yang Sering Dikunjungi Malaikat

Sekadar Hiasan
Alangkah senangnya mengetahui bahwa malaikat mengunjungi rumah kita. Berbondong-bondong malaikat hadir dan mendoakan untuk hamba Allah. Pastilah para malaikat membawa berkah tentram, aman, dan nyaman di dalam rumah-rumah yang malaikat kunjungi. Tapi, rumah seperti apakah yang dikunjungin oleh para malaikat itu? Tidak semua rumah tentu. Ada kriteria tertentu untuk sebuah rumah yang seringnya malaikat kunjungi.

1. Rumah yang dipenuhi dzikir oleh penghuninya, didalamnya terdapat pula sujud dan rukuk

2. Rumah yang selalu bersih


3. Rumah yang dihuni oleh hamba-hamba yang jujur dan menepati janji


4. Rumah yang dihuni orang-orang yang menyambung tali persaudaraan, silaturahmi


5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makan makanan halal


6. Rumah yang penghuninya berlaku baik kepada orangtuanya


7. Rumah yang di dalamnya terdengar tilawah Al-quran


8. Rumah yang penghuninya adalah penuntut ilmu yang tidak pernah menyerah


9. Rumah yang di dalamnya ada seorang isteri soleh


10. Rumah yang di dalamnya tidak ada barang-barang haram


11. Rumah yang dihuni hamba-hamba yang tawakal, sabar, rendah hati, dermawan, qanaah, pemaaf, bersih hati dan tidak berlebihan dalam makan

 

Semoga rumah kita memiliki ciri-ciri di atas. Jika belum, mulai sekarang untuk melengkapi rumah kita dengan ciri-ciri di atas. Agar senantiasa para malaikat senang berkunjung ke rumah kita.
Amin.

Wednesday, February 9

11 Jenis Manusia Di Doa Malaikat


Percaya kepada malaikat adalah rukun iman yang kedua. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoa malaikat akan mendapat keistimewaan. Dalam hidup ini kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang semakin mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari padalidah, tetapi juga sokongan daripada malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ ”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
 
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’”

10. Orang yang sedang makan sahur

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”